KEK PISANG

Sunday, June 11, 2017

SAGU SANTAN GULA MELAKA...









SAGU SANTAN GULA MELAKA
rujukan  :    FB/Mas Cotek...



Bahan Sagu :

2  cawan  sagu biji  ~  dicuci bersih & toskan
10  cawan  air
Sedikit pewarna hijau


Cara-Cara :

Didihkan air di dalam periuk.  Masukkan sedikit pewarna hijau.  Masukkan sagu biji.  Kacau sehingga jernih.  Angkat, masukkan ke dalam penapis kemudian bilas/lalukan dibawah air mengalir (untuk buang kanjinya).  Toskan dan tuangkan ke dalam loyang atau acuan-acuan kecil.  Sejukkan.


Bahan Untuk Santan/Dadih :

2 1/2  cawan  santan
1  sudu besar  tepung beras
1  sudu teh  garam


Cara-Cara :

Satukan dan kacau atas api perlahan sehingga mendidih dan pekat.  Sejukkan.


Bahan Untuk Sirap Gula Melaka :

2  ketul  gula melaka
1/2  cawan  gula pasir
1 1/2  cawan  air
1  helai  daun pandan  ~  disimpul

~~~  Masak kesemua bahan sehingga larut.  Tapis dan sejukkan.


Cara Menghidang :  Cedok sagu masukkan ke dalam mangkuk.  Tuangkan sirap gula melaka.  Kemudian tuangkan santan/dadih tadi.  Sedia dihidangkan sejuk...

No comments:

Post a Comment