CREAM PUFF CHOCOLATE
WITH CUSTARD CREAM FILLING
rujukan : Kak Along@HomeKreation-Kitchen Corner...
Bahan-Bahan :
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1 cawan air
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan mentega tanpa garam
4 biji telur gred A/B
Cara-Cara :
1. Ayak tepung dan serbuk koko. Ketepikan.
2. Didihkan bahan-bahan yang lain kecuali telur dan tepung sehingga mentega cair. Tutup api.
3. Masukkan campuran tepung yang diayak sekaligus dan kacau dengan senduk kayu sampai menjadi doh yang licin dan tidak melekat di periuk, teruskan kacau dengan api perlahan selama 2-3 minit.
4. Tutup api, masukkan ke dalam mangkuk yang sesuai dan sejukkan seketika (suam-suam).
5. Kemudian masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil diputar biar sebati.
6. Masukkan nozle besar bentuk bintang ke dalam piping bag, masukkan adunan tadi, paip pusing 2 kali atas loyang yang telah dialas dengan kertas baking, jarakkan 1 inci.
7. Semburkan dengan sedikit air dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu selama 10 minit dengan suhu 200'C selama 20-25 minit atau sehingga masak/perang.
8. Sejukkan sepenuhnya dan gunting ditengahnya, boleh la diisi dengan filling custard cream...
Custard Cream
rujukan : Ilham Dapur...
200 ml Non-Dairy Whipping - yang dah manis tu
1 cawan susu segar *
3 sudu besar tepung kastad *
3 sudu besar gula *
Secubit garam
Sedikit esen vanilla
Cara-Cara :
1. Sebatikan semua bahan bertanda (*), kemudian masak di atas api sederhana sambil dikacau selalu sehingga pekat, sejukkan sepenuhnya.
2. Dalam bekas yang kering, putar whipping cream + secubit garam + sedikit esen vanilla sehingga kental. Kemudian masukkan kastad yang sudah sejuk tadi dan sebatikan.
3. Masukkan ke dalam piping bag dan sedia untuk dipaipkan ke dalam cream puff...
No comments:
Post a Comment