CHOCOLATE OAT CRIPS
rujukan : Zubaidah Che Pa...
Bahan-Bahan :
250 gm mentega
120 gm gula kastor
140 gm oats ~ bakar seketika & kisar
2 sudu besar serbuk koko
220 gm tepung gandum
Hiasan/Bahan Salut :
50 gm susu tepung
50 gm gula aising ~ ayak
Cara-Cara :
1. Pukul mentega dan gula kastor sehingga berkrim dan sebati.
2. Masukkan bahan lain dan uli lembut sehingga tidak melekat di tangan.
3. Canai dan terap dengan acuan segi empat tepat atau acuan pilihan.
4. Panaskan oven terlebih dulu (anggaran 15 minit). Bakar pada suhu 140'C selama 30 minit atau sehingga keperangan dibahagian bawahnya.
5. Setelah biskut sejuk, gaulkan dengan susu tepung dan gula aising.
6. Simpan di dalam bekas kedap udara...
No comments:
Post a Comment