ONDEH-ONDEH KELEDEK
Bahan-Bahan :
1 cawan isi keledek (150 gm)
1 1/2 cawan tepung pulut (150 gm)
1/4 sudu teh garam
1 keping gula melaka ~ dipotong kiub kecil
Kelapa parut muda bahagian putih ~ kukus sebentar bersama sedikit garam
Air secukupnya untuk merebus
Cara-Cara :
1. Kupas kulit keledek, cuci bersih dan rebus sehingga empuk. Toskan.
2. Lecek ubi ketika masih panas. Gaulkan bersama tepung pulut dan garam.
3. Masukkan air secukupnya sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari.
4. Ambil doh sebesar ibu jari, leperkan dan masukkan satu kiub gula melaka, bulatkan kembali.
5. Masak air sehingga mendidih, masukkan bebola doh tadi dan rebus sehingga bebola doh terapung di permukaan air.
6. Toskan dengan penapis berlubang dan golekkan di atas parutan kelapa parut.
7. Sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment