KUIH DADAR PANDAN@KETAYAP
rujukan : Siti Delima Yahya@CT...
Bahan Kuih :
1 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A
1 cawan santan
1/2 cawan air
8 helai daun pandan *
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau
* daun pandan dikerat kecil, dikisar bersama air, ditapis dan diambil airnya
Cara-Cara :
1. Satukan semua bahan kuih ke dalam mangkuk dan kacau dengan pemukul (whisk) sehingga rata, kemudian tapis ke dalam mangkuk lain. Rehatkan adunan sekejap selama 10 minit.
2. Panaskan kuali atau non- stick pan, sapukan dengan sedikit minyak dan ambil 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan atas kuali atau non-stick pan agar adunan menjadi bulat.
3. Masak anggaran 2-3 minit dan angkat. Kemudian, sudukan inti ke atasnya dan gulung kemas.
4. Ulangi proses yang sama sehingga adunan habis.
Bahan Inti :
1 biji kelapa parut putih
1/2 cawan gula merah
2 sudu besar gula pasir
1/2 cawan air
secubit garam
1 helai daun pandan - disimpul
1 sudu besar tepung jagung
Cara-Cara :
1. Campurkan kesemua bahan (kecuali tepung jagung) dan masak sehingga pekat. Kemudian taburkan sedikit tepung jagung untuk memejalkan lagi intinya dan kacau sehingga sebati.
2. Setelah inti bertukar warna keperangan, angkat dan keluarkan simpulan daun pandan. Angkat dan sejukkan sepenuhnya sebelum digunakan...
No comments:
Post a Comment