SERIMUKA DURIAN
rujukan : Surianti Ramli
Bahagian bawah (pulut) :
2 cawan beras pulut susu direndam selama 30 minit & toskan
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 sudu kecil garam
Cara-Cara :
1. Kukus pulut bersama santan, air dan garam sehingga masak di dalam loyang bersaiz 7 inci/8 inci bulat/persegi selama 25 minit. Santan dan air mesti sama paras dengan pulut. (Loyang hendaklah dialas dengan plastik untuk memudahkan serimuka dikeluarkan).
2. Setelah masak, tekan dan mampatkan pulut dalam loyang. Ketepikan.
Bahan atas (kepala) :
1 cawan air
1 cawan santan pekat
1/2 cawan gula
1/2 cawan isi durian
1 sudu besar tepung gandum
1/3 cawan tepung kastad
2 biji telur gred A/B
1 sudu teh pewarna kuning
Cara-Cara :
1. Satukan semua bahan dan dikisar dengan pengisar/blender.
2. Tapis adunan dan masak di atas api sehingga naik wap (anggaran 3 minit). Adunan hendaklah sentiasa dikacau.
3. Tuang adunan perlahan-lahan ke atas pulut tadi.
4. Balut tudung periuk kukusan dengan kain untuk mengelakkan air wap menititik.
5. Kukus serimuka selama 40 minit. Buka tudung periuk dan kukus selama 5 minit lagi tanpa tudung untuk mengeringkan air pada permukaan serimuka. Tutup api.
6. Tunggu hingga betul-betul sejuk (anggaran masa 4 jam) barulah dipotong dengan pisau plastik...
No comments:
Post a Comment