PUDING ROTI KURMA &
SOS KASTAD
rujukan : FB/MAHN@ Bie Kesah...
Bahan-Bahan :
4 keping roti sandwich
1 cawan susu cair/susu segar
1/2 cawan gula kastor
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar mentega
3 biji telur gred A/B
1/2 cawan air
6 biji buah kurma - buang biji & dipotong kecil
Bahan Sos :
1 cawan susu cair
1/2 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad
3/4 cawan air
Cara-Cara :
1. Telur, susu, mentega, air, gula, susu pekat manis diblend sehingga sebati kemudian carik-carikkan sekeping roti dan blend lagi. Baki roti yang 3 keping lagi dipotong-potong dan susunkan di dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah digris dan taburkan kurma.
2. Tuang adunan telur tadi ke dalam loyang yang disusun roti. Bakar selama 1/2 jam di dalam oven pada suhu 180'C.
3. Sementara itu masak sos kastad, masukkan susu cair, air, tepung kastad, esen vanilla dan gula ke dalam periuk, kacau supaya tidak bergentel. Masak di atas api perlahan sehingga sedikit pekat, tutup api. Setelah puding masak tuangkan sos, sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment