Saturday, June 3, 2017
KURMA AYAM...
KURMA AYAM
rujukan : buku masakan Citarasa Malaysia 'Melaka' - Chef Salbiah
Bahan A :
6 ketul ayam (saya guna 1/2 ekor dipotong ikut citarasa)
1 1/2 cawan santan
1 keping asam gelugur
1 paket kecil serbuk rempah kurma - dicampur sedikit air
1 batang serai - diketuk
1 inci halia - dihiris
1 biji ubi kentang - dibelah 4
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak
Bahan B : (Dikisar)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Bahan C :
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Bahan D :
2 biji cili hijau - dibelah 2
1 labu bawang besar - dibelah 4
1 biji tomato - dibelah 2
Cara Memasak :
1. Tumiskan bahan B, bahan C, serai dan halia sehingga kekuningan.
2. Masukkan pes kurma dan masak seketika sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan ayam. Masak sehingga ayam disaluti rempah, kemudian masukkan santan.
4. Biarkan mendidih seketika. Kacau selalu agar santan tidak pecah minyak. Kemudian masukkan kentang dan masak sehingga kentang empuk.
5. Masukkan asam gelugur, garam dan gula secukupnya.
6. Masukkan bahan D. Biarkan seketika.
7. Tutup api dan sedia dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment