Monday, June 12, 2017
SAMBAL TELUR REBUS KACANG PANGGANG...
SAMBAL TELUR REBUS
KACANG PANGGANG
Bahan-Bahan :
5 biji telur ~ direbus & kupas kulitnya
1 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji bawang merah *
2 biji bawang putih *
1/2 inci halia * ( * dihiris/dikisar )
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar air asam jawa
1 sudu besar cili kering kisar
1 tin kacang panggang
Garam & gula secukupnya
Sedikit hirisan daun sup/bawang ~ untuk taburan
Minyam masak
Cara Memasak :
1. Rebus telur sehingga masak sempurna dan kupas kulitnya. Goreng sehingga berubah kepada warna agak keperangan, angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak. Tumiskan bahan dihiris/dikisar sampai naik bau.
3. Masukkan pes cili kering kisar. Goreng sehingga masak naik minyak.
4. Masukkan sos tomato, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
5. Akhir sekali masukkan kacang panggang berserta sosnya dan telur rebus yang digoreng tadi. Gaul rata dan sebati.
6. Sedia dihidang bersama sedikit taburan hirisan daun sup/bawang...
Labels:
Sambal & Sos
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment