KUIH LOMPANG
rujukan : Surianti Ramli
Bahan-Bahan :
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 sudu teh air kapur
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
3 helai daun pandan - disimpul
Hiasan Di atas Lompang :
Kelapa parut yang putih secukupnya *
Secubit garam halus *
1 helai daun pandan * - disimpul
*** gaul rata kelapa parut putih dan garam halus kemudian dikukus bersama daun pandan sekejap.
Cara-Cara :
1. Satukan gula merah, gula pasir serta 1 1/2 cawan air. Masak bersama daun pandan sehingga gula larut. Tapis dan sejukkan.
2. Satukan tepung beras, tepung ubi kayu, air kapur dan 1 cawan air. Gaul sebati. Masukkan air gula yang disejukkan tadi dan kacau lagi sehingga sebati semuanya.
3. Panaskan periuk kukusan. Sendukkan bancuhan ke dalam acuan lompang yang disapu dengan sedikit minyak dan kukus selama 10-15 minit ataupun sehingga masak.
4. Angkat kuih lompang yang telah masak dan rendam separuh tenggelam dalam air biasa. Tujuannya supaya cepat sejuk dan mudah mengeluarkan kuih lompang dari acuan (jika acuan tidak disapu dengan minyak).
5. Keluarkan kuih lompang dari acuan dengan menggunakan hujung sudu secara berhati-hati. Letakkan kelapa parut di atasnya.
(Menghasilkan : 20 biji acuan kuih lompang yang besar)
No comments:
Post a Comment