Monday, June 12, 2017
AYAM MASAK MERAH...
AYAM MASAK MERAH
rujukan : Surianti Ramli
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam ~ dipotong & dibersihkan
6 sudu besar penuh cili kisar (anggaran 15 tangkai cili kering, direndam, toskan & dikisar)
10 ulas bawang merah ~ dikisar
2 biji buah tomato ~ dikisar
1 labu bawang besar ~ dipotong baji
4 ulas bawang merah ~ dihiris nipis untuk tumis
3 ulas bawang putih ~ dihiris nipis untuk tumis
1 inci halia ~ diracik halus untuk tumis
Air secukupnya
Garam & gula secukupnya
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Ayam diperisakan dengan garam halus dan serbuk kunyit. Goreng ayam sehingga masak keemasan. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak secukupnya, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
3. Bila telah naik baunya, masukkan cili kisar, bawang kisar, buah tomato kisar dan sedikit air (jika perlu).
4. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih, masukkan garam serta gula secukupnya. Kacau rata.
5. Masukkan ayam goreng serta bawang besar yang dipotong baji dan masak sehingga pecah minyak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment