PUDING SAGU GULA MELAKA
rujukan : linaPg...
Bahan Puding :
1 cawan biji sagu putih
1.5 liter air
1 helai daun pandan ~ disimpul
Pewarna hijau secukupnya
Acuan kegemaran
Cara-Cara :
1. Didihkan air bersama daun pandan dan pewarna hijau secukupnya di dalam periuk. Masukkan biji sagu ke dalam air yang mendidih tadi.
2. Masak sehingga biji sagu bertukar jernih.
3. Tutup api kemudian toskan sagu dan lalukan di bawah air paip yang mengalir untuk membuang kanji.
4. Masukkan ke dalam acuan. Sejukkan...
Sirap Gula Melaka :
1 ketul gula melaka/nipah
2 sudu besar gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan ~ disimpul
Cara-Cara :
Satukan kesemua bahan, masak sehingga gula larut dan pekat kemudian ditapis.
Bahan lain : 1 tin susu cair
Untuk menghidang :
1. Keluarkan sagu dari acuan, masukkan ke dalam cawan/piring hidangan.
2. Curahkan susu cair dan juga sirap gula melaka.
No comments:
Post a Comment