Saturday, June 17, 2017
IKAN MASAK KICAP...
IKAN MASAK KICAP
Bahan-Bahan :
6 ekor ikan mabong/kembung ~ cuci bersih, perap bersama garam & serbuk kunyit
1 biji bawang besar ~ dikisar halus
2 ulas bawang putih ~ dikisar halus
3 ulas bawang merah ~ dikisar halus
2 cm halia ~ dikisar halus
1 biji bawang besar ~ dimayang
2 sudu makan kicap pekat
Kicap manis secukupnya
2 sudu makan cili kering kisar
1 keping asam gelugur
1 sudu makan sos cili
Minyak masak secukupnya
Garan & gula secukup rasa
Sedikit air
Cara Memasak :
1. Goreng ikan yang telah diperap tadi hingga masak. Ketepikan.
2. Kemudian tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
3. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos cili dan sedikit air. Kacau sebati dan biarkan mendidih.
4. Masukkan asam gelugur, gula dan juga garam secukup rasa.
5. Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng dan juga bawang besar yang telah dimayang. Masak sehingga kuah agak pekat.
6. Angkat dan hidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment