SERAWA MANGGA
rujukan : fizanordin.blogspot.my
Bahan-Bahan :
2 biji mangga yang masak
1 cawan santan segar
1 cawan air
1/2 cawan gula *
1 sudu kecil garam * ( * ikut selera masing-masing ye )
Cara-Cara :
1. Jerangkan santan yang dicampur dengan air bersama gula dan garam. Gunakan api perlahan dan hendaklah sentiasa dikacau untuk mengelakkan pecah lemak dan santan meruap. Bila gula sudah larut/sebati, tutup api dan ketepikan.
2. Kupas kulit mangga dan dipotong kiub atau ikut citarasa. Masukkan ke dalam cawan/gelas dan tuangkan kuah santan. Boleh juga ditambahkan ais kiub untuk hidangan dingin...
No comments:
Post a Comment