1/2 dari resipi ini menghasilkan : 12 biji acuan lompang saiz besar...
APAM NASI
rujukan : enyabdullah.com
Bahan-Bahan :
1 cawan nasi sejuk
3/4 cawan gula pasir (saya pakai 1/2 cawan)
1 1/4 cawan air
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh instant yeast 'Mauripan'
Pewarna pilihan
Kelapa parut putih secukupnya digaul sedikit garam & dikukus seketika, anggaran 5 minit
Cara-Cara :
1. Nasi sejuk dikisar bersama air dan gula pasir sehingga halus.
2. Di dalam mangkuk, satukan tepung gandum, tepung beras dan yeast serbuk. Kacau rata.
3. Tuangkan nasi yang dikisar tadi dan gaul rata. Perapkan selama 3 jam (atau bergantung kepada keadaan cuaca).
4. Panaskan periuk kukusan. Sapukan acuan lompang dengan sedikit minyak.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan letakkan pewarna pilihan. Sudukan adunan ke dalam acuan sehingga hampir penuh. (boleh juga buat corak marble dengan sudukan adunan ke dalam acuan secara berselang-seli).
6. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak. Hidangkan bersama kelapa parut...
No comments:
Post a Comment