Sunday, October 21, 2018
AYAM GORENG KOREA@KOREAN FRIED CHICKEN...
AYAM GORENG KOREA@
KOREAN FRIED CHICKEN
sumber : resipicitarasawan...
Bahan-Bahan :
8 ketul paha ayam atau bahagian lain
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sudu teh soda bikarbonat
1 biji telur
Minyak masak untuk menggoreng
Cara Memasak :
1. Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk lada hitam sehingga rata. Ketepikan.
2. Satukan tepung gandum, tepung beras dan soda bikarbonat. Ketepikan.
3. Telur dipukul. Ketepikan.
4. Salutkan ayam satu persatu ke dalam campuran tepung dan celup ke dalam adunan telur sehingga habis.
5. Salutkan ayam sekali lagi ke dalam campuran tepung sehingga bersalut rata. Kemudian goreng sehingga keperangan. Angkat, tos dan ketepikan.
Bahan Sos :
3 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar madu
2 sudu kecil gula
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
Bijan secukupnya ~ disangai tanpa minyak
Cara Memasak :
1. Tumbuk bawang putih dan tumiskan bersama cili kisar sehingga garing. Masukkan sos tomato, sos cili, madu, gula dan garam, gaul rata.
2. Masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul bersama sos sehingga bersalut rata.
3. Masukkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan bijan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment