RESIPI CREPE OREO
sumber : zila4ever.blogspot.com
hasil : 6 biji ~ guna pan saiz 10 inci
Bahan-bahan :
20 gm tepung gandum
20 gm tepung ubi
10 gm tepung kastad
10 gm tepung jagung
1 biji telur (saya guna gred A)
1 sudu teh minyak masak
1 sudu besar gula halus@gula kastor
40 ml susu cair
150 ml air
Pewarna pilihan
Cara-Cara :
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk.
Sebatikan dengan whisk dan tapis.
Kalau pekat tambah air sedikit...boleh juga diblender...cuma sedikit berbuih.
Kena buangkan buih-buih itu dahulu untuk mengelakkan crepe akan berlubang bila banyak buih.
Ambil sesenduk kecil, tuangkan adunan ke dalam kuali 'non-stick' (saiz 10 inci/9 inci) yang dipegang, layangkan kuali agar adunan sekata masak di atas api kecil.
Masak sehingga kelihatan kering, angkat dan tidak perlu diterbalikkan semasa mengangkat.
Bahan Filling :
150 ml fresh cream (Non-Dairy) ~ diputar sehingga kental
Biskut Oreo secukupnya
Cara Penyediaan :
1. Letkkan fresh cream, letakkan biskut Oreo di atasnya dan letakkan lagi fresh cream di atasnya.
2. Lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah.
3. Untuk lebih enak, masukkan ke dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Siap !!!
KUIH KETAYAP berintikan kelapa baki inti kelapa dari membuat tempahan Apam Bengawan Solo...
No comments:
Post a Comment