RESIPI KEK NANGKA MADU
sumber : tiffinbiru@CMG (sedap & moist)
Bahan-Bahan :
125 gm mentega
120 gm gula kastor
1 biji telur gred A
125 gm tepung berserbuk penaik@self-raising flour
1/4 sudu teh esen nangka atau esen vanilla
125 ml susu segar
3-4 ulas nangka madu ~ ambil isinya & hiris kasar (asingkan sedikit untuk hiasan)
Secubit garam
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 175'C, lenser acuan loaf berukuran 6 inci x 3 inci x 2.5 inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak dan lenser kertas tadi. Ketepikan.
2. Putar mentega dan gula kastor sehingga putih dan gula larut. Masukkan telur dan putar sehingga kembang. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar sehingga habis, putar rata.
3. Kemudian masukkan esen nangka/esen vanilla dan nangka hiris, gaul rata, tuangkan ke dalam tin/acuan tadi dan taburkan di atasnya dengan hirisan nangka yang diasingkan tadi sebagai hiasan.
4. Bakar selama 50-55 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya. Biarkan sejuk sekejap dan bolehlah dikeluarkan dari tin/acuan. Sejukkan sepenuhnya di atas redai...
TIPS : Untuk mendapatkan potongan kek yang cantik, selepas kek sejuk, bungkus kek tadi dengan cling wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 2-3 jam kemudian potong dengan pisau tajam. Sedia untuk dinikmati...
No comments:
Post a Comment