KEK PISANG

Wednesday, October 3, 2018

ROTI GULUNG SOSEJ BERKEJU...





ROTI GULUNG SOSEJ BERKEJU
sumber :    Majalah SAJI April 2016



Bahan-Bahan :

10  keping  roti
10  batang  sosej ayam/daging  (saya rebus sekejap dalam 5 minit & toskan)
10  keping  keju Cheddar
5  biji  telur  ~  dipukul ringan
450  gm  serbuk roti putih/oren atau secukupnya


Cara-Cara :

1.  Potong bahagian tepi roti dan gelek sehingga nipis kemudian letakkan sekeping keju bersama sosej ayam/daging.

2.  Gulung dengan kemas dan dihujung roti tersebut sapukan sedikit telur sebagai bahan pelekat.  Lakukan dengan kemas.

3.  Selepas itu, celupkan roti sosej ke dalam telur dan salutkan dengan serbuk roti.  Lakukan kesemua bahan sehingga selesai.

4.  Simpan di dalam peti sejuk selama 5 minit sebelum digoreng dengan api yang sederhana kecil sehingga kuning keemasan...

No comments:

Post a Comment