Friday, October 5, 2018
NASI LEMAK MUDAH & RINGKAS...
NASI LEMAK MUDAH & RINGKAS
sumber : norazlitaaziz.blogspot.my
Bahan-Bahan :
3 cawan beras ~ cuci bersih & toskan airnya
3 cawan air
3 sudu besar santan KARA (santan ni campur dengan air ** kalau guna 2 cawan beras, santan letak 2 sudu)
1 sudu teh halba
1 sudu teh garam halus
3 ulas bawang merah ~ dihiris
1 batang serai ~ diketuk perdunya
2 inci halia ~ dititik atau dihiris
1 helai daun pandan ~ cuci bersih & simpul
Minyak masak secukupnya ~ untuk menumis
Bahan Sampingan (ikut pilihan) :
Telur rebus
Salad
Timun
Cara Memasak :
Di dalam periuk nasi, panaskan minyak masak secukupnya.
Kemudian tumiskan bawang hiris, halia, daun pandan dan serai sehingga layu.
Bila dah layu dan naik bau, baru masukkan halba. Halba jangan tumis awal sebab ia cepat hangus, bila hangus nanti rasa pahit.
Kemudian masukkan santan bersama air tadi dan biarkan ia mendidih.
Bila dah mendidih, masukkan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan beras.
Jika airnya kurang boleh tambah sedikit air lagi, mengikut sukatan air untuk memasak nasi anda.
Tutup periuk, alihkan ke dalam periuk nasi elektrik dan biar nasi tanak seperti biasa.
Hidangkan bersama bahan sampingan pilihan anda...
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS :
Bahan-Bahan :
1 cawan ikan bilis ~ disiang & digoreng
Bahan Kisar :
1 cawan cili kering ~ rendam sehingga lembut dalam air panas & toskan
10-15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Belacan sebesar duit syiling lama 50 sen
1 sudu besar pes asam jawa campur air jadikan jus
1 sudu kecil garam
6-7 sudu besar gula pasir
Minyak masak
Cara Memasak :
Panaskan minyak secukupnya. Bila buat sambal minyak kena banyak supaya bahan tumis kita dapat ditumis garing. Lagi satu sambal kita tahan lama.
Bila minyak dah panas, gorengkan ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.
Panaskan minyak semula. Bila minyak dah panas, masukkan cili kering, belacan, bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis sehingga garing dan pecah minyak.
Bila dah garing, masukkan air asam jawa. Perasakan dengan garam. Kemudian masukkan gula.
Gula letak banyak sebab sambal kalau manis-manis pedas sedap. Biarkan ia mereneh sekejap.
Kemudian tutup api dan biarkan sejuk.
Bila sambal dah sejuk, baru masukkan ikan bilis yang digoreng tadi, supaya bila makan ikan bilis masih rangup...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment