RESEPI KEK TAPAI UBI
sumber : tiffinbiru@CMG...
Bahan-Bahan :
300 gm tapai ubi kayu
75 ml pati santan (boleh ganti dengan susu cair/susu segar)
120 gm gula kastor
5 biji telur gred A
1 sudu teh ovallate
180 gm tepung gandum *
1 sudu teh rata baking powder * ( * disatukan & diayak )
150 gm mentega ~ cairkan & biarkan sejuk
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 170'C. Lenser acuan berlubang tengah (bundt pan) dengan mentega kemudian taburkan tepung dan ketuk-ketuk keluar lebihan tepung, ketepikan. Tapai ubi dilecek halus dan buangkan jika ada urat-uratnya, campurkan dengan santan pekat (atau susu cair/susu segar) dan kacau sehingga sebati, ketepikan.
2. Masukkan gula kastor ke dalam mangkuk pengadun, tambahkan ovallate dan garam, putar sehingga semua rata. Masukkan telur, kesemuanya sekali dan putar pada kelajuan tinggi sehingga adunan kembang dan pekat seperti adunan kuih bahulu. Perlahankan kelajuan dan masukkan esen vanilla dan tapai ubi yang telah disatukan dengan santan tadi, kacau rata sehingga sebati.
3. Dengan menggunakan spatula, tuangkan mentega cair sedikit demi sedikit sambil diadun dengan kaedah kaupbalik sehingga mentega habis. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan adun dengan spatula sehingga sebati, guna kaedah sama seperti mengadun mentega cair.
4. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah disediakan tadi. Ratakan dan bakar dalam oven selama 45-50 minit atau sehingga masak (bergantung kepada jenis oven)...
No comments:
Post a Comment