KEK PISANG

Saturday, October 20, 2018

CEKODOK PISANG GEBU...








RESIPI CEKODOK PISANG GEBU
sumber :    tiffinbiru@CMG...




Bahan-Bahan :

8  biji  pisang emas  ~  pisang yang lain pun boleh
3/4  sudu teh  soda bikarbonat
1  sudu teh  baking powder
1  sudu besar  gula perang
1/3  sudu besar  gula halus@gula kastor
1  cawan  tepung gandum  (lebih atau kurang ikut adunan, kalau terlembik tambah sedikit lagi tepung)
1/4  sudu teh  garam halus
Minyak masak secukupnya  ~  untuk menggoreng


Cara-Cara :

Kupas pisang, lecek bersama gula perang, gula halus, garam, baking powder dan soda bikarbonat sehingga hancur.
Masukkan tepung dan gaul rata sehingga sebati.  Perap/rehatkan selama 30 minit.
Panaskan minyak masak secukupnya pada tahap kepanasan sederhana.
Basahkan hujung jari dalam air, jemputkan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak-banyak sebab ianya akan mengembang.  (buat dalam 10 biji, tetapi ini bergantung pada saiz kuali yang digunakan).
Goreng sehingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok.  Angkat dan toskan.  Letakkan di atas paper towel dan biarkan minyak menyerap.
Sedia dihidangkan...





No comments:

Post a Comment