KEK PISANG

Tuesday, October 2, 2018

AYAM MASAK LEMAK CILI API...







RESEPI AYAM MASAK
LEMAK CILI API
sumber :    Majalah RASA Oktober 2018...




Bahan-Bahan :

1  ekor  ayam  ~  dipotong kecil & cuci bersih
6  biji  bendi  (saya tambah)
1  sudu teh  serbuk kunyit
1  keping  asam gelugor
3  batang  serai  ~  ketuk
1  kotak  santan 'KARA'
2  cawan  air atau secukupnya
1  helai  daun kunyit  ~  dicarik
Garam & gula secukupnya
Minyak masak


Bahan-Bahan Kisar Halus :

1/2  biji  bawang besar
3  ulas  bawang putih
10  biji  cili padi merah  (tak letak, guna keseluruhan yang hijau)
10  biji  cili padi hijau
1  inci  kunyit hidup
1  inci  lengkuas


Cara Memasak :

1.  Di dalam periuk, masukkan minyak dan tumis bahan-bahan kisar tadi dan masukkan 1 sudu teh serbuk kunyit.  Kemudian masukkan asam keping dan serai yang telah diketuk.

2.  Tumis bahan tersebut sehingga sampai pecah minyak.

3.  Masukkan ayam dan masak biar pecah darah dan masukkan air 2 cawan atau secukupnya, biarkan mendidih.  Masukkan juga bendi dan masak sehingga bendi sedikit lembut.

4.  Masukkan pula santan (1 kotak) dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya serta daun kunyit yang di carik-carik.

5.  Biarkan mendidih sekali lagi dan pecah minyak.

6.  Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia dihidangkan...


TIP :    Masuk air dulu sangat berguna sebab selepas masuk santan tidak perlu nak kacau-kacau sangat memadai sekali sekala.  Tidak akan pecah lemak & kuah dia akan jadi cantik jugak...




No comments:

Post a Comment