Wednesday, October 31, 2018
SAMBAL PEDAS TELUR REBUS GORENG...
SAMBAL PEDAS TELUR
REBUS GORENG
sumber : Majalah RASA November 2018
Bahan-Bahan :
5 biji telur rebus
3 biji cili merah ~ dihiris kasar
10-15 biji cili padi
2 biji bawang besar ~ dihiris
3 ulas bawang putih
1 keping asam gelugur
1 biji bawang besar ~ dimayang
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan goreng telur rebus sehingga kekuningan dan sedikit garing. Angkat.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng cili merah, cili padi, bawang besar dan bawang putih sehingga sedikit layu. Angkat dan tumbuk kasar.
3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali lain dan tumis seketika bahan tumbuk kasar tadi.
4. Masukkan asam gelugur. Biarkan merenih seketika.
5. Perasakan dengan garam serta gula secukup rasa.
6. Tambahkan hirisan bawang besar yang dimayang tadi. Masak sehingga bawang lembut.
7. Akhir sekali, masukkan telur. Gaul rata dan angkat.
8. Sedia untuk dinikmati...
Labels:
Sambal & Sos
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment