Tuesday, October 30, 2018
TAUHU BERGEDIL...
RESIPI TAUHU BERGEDIL VIRAL
sumber : FB@ nur elina
Bahan-Bahan :
1 paket Tauhu pok ~ yang biasa diletak dalam kuah mee kari
5-6 biji ubi kentang ~ hiris nipis & goreng kekuningan
Daun sup secukupnya ~ hiris halus
Bawang goreng secukupnya
100 gm daging cincang ~ digoreng
1 sudu teh garlic salt ~ jika ada. Boleh gantikan dengan garam biasa atau pati ayam. Jumlah ikut kesesuaian
1 sudu teh lemon pepper ~ boleh guna serbuk lada hitam biasa
1-2 biji telur ~ dipukul
Cara Penyediaan :
1. Gunting permukaan kulit tauhu dan korek isinya. Ketepikan.
2. Kentang yang telah digoreng, ditumbuk sehingga lumat.
3. Kemudian masukkan ke dalam bekas bersama dengan daging goreng, daun sup, bawang goreng, garlic salt dan lemon pepper. Jika suka, lebihan isi tauhu boleh juga dicampur sekali.
4. Gaul rata semua bahan dan bulat-bulatkan. Kemudian sumbatkan ke dalam tauhu. Buat sehingga habis.
5. Kemudian salutkan tauhu tadi ke dalam telur yang telah dipukul.
6. Goreng seketika dan angkat bila nampak kekuningan dan garing. Angkat dan toskan.
7. Sedia dinikmati bersama Sambal Kicap. (saya hidangkan bersama Sos Cili saja)...
SAMBAL KICAP : (Jumlah bahan ikut citarasa)
Bahan-Bahan :
Cili merah & cili hijau
Cili api secukupnya
Limau kasturi secukupnya
Garam & gula secukup rasa
Kicap lemak manis secukupnya
Cara-Cara :
Satukan semua bahan sambal kicap dan kisar halus. Kemudian simpan di dalam peti sejuk untuk mendapatkan kepekatan sambal yang dikehendaki...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment