Friday, October 19, 2018
NASI TOMATO & AYAM MASAK MERAH...
RESEPI NASI TOMATO
sumber : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
4 cawan beras ~ cuci bersih & ditoskan (kalau guna beras basmathi, rendam selama 20 minit & toskan)
5 cawan air (saya lebihkan sedikit bergantung pada beras yang digunakan)
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar minyak sapi
4 sudu besar minyak masak
5 sudu besar tomato sup ~ jenama Kimball
Bahan Untuk Menumis :
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 cm kulit kayu manis
1 labu bawang besar ~ dicincang
2 biji tomato ~ dicincang
2 batang serai ~ diketuk
2 ulas bawang putih ~ hiris
3 ulas bawang merah ~ hiris
1 inci halia ~ hiris nipis
2 helai daun pandan ~ disimpul
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Di dalam periuk, cairkan minyak sapi dan minyak masak di atas api sederhana dan tumiskan rempah-rempah (bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis) selama 2 minit.
2. Seterusnya masukkan bahan yang dihiris (bawang merah, bawang putih, halia, bawang besar yang dicincang) dan kacau sehingga berbau wangi.
3. Kecilkan api dan masukkan beras. Kacau rata-rata selama 1 sehingga 2 minit.
4. Seterusnya masukkan air, susu cair, tomato cincang, tomato sup, simpulan daun pandan dan garam secukup rasa.
5. Kemudian pindahkan periuk ke dalam periuk nasi elektrik dan masak seperti biasa...
RESEPI AYAM MASAK MERAH
sumber : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan A :
1 ekor ayam ~ dipotong 12, cuci bersih & toskan
Garam & serbuk kunyit secukupnya ~ untuk menggoreng ayam
2 batang serai ~ diketuk
1 labu bawang besar ~ dihiris bulat
1 tin kecil kacang peas (tak letak, anak-anak tak suka)
1 sudu besar gula Melaka
Minyak masak
Bahan-Bahan B : (Dikisar)
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
10 tangkai cili kering ~ rebus sehingga lembut & toskan
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Cara Memasak :
1. Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga keemasan dan ketepikan seketika.
2. Panaskan minyak di dalam kuali lain, tumiskan bahan-bahan kisar dan serai sehingga berbau wangi.
3. Masukkan sos tomato, sos tiram dan gula Melaka dan renihkan sehingga kuah benar-benar masak.
4. Perasakan dengan garam dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi serta gaul rata. Biarkan kuah sedikit pekat dan masukkan hirisan bawang besar dan kacang peas. Biarkan bawang besar sedikit layu dan matikan api dapur.
5. Sedia untuk dihidangkan...
RESEPI ACAR TIMUN@JELATAH
sumber : syapex kitchen...
Bahan-Bahan :
2 biji timun ~ buang kulit & belah 4 kemudian potong kecil
1 biji nenas ~ buang kulit, belah 8 & potong kecil
1 batang lobak merah ~ buang kulit, sagat halus memanjang@potong mancis
4 biji cili padi ~ hiris
1 tangkai cili hijau ~ hiris@potong mancis
2 labu bawang besar ~ hiris
10 sudu besar cuka masakan (saya kurangkan sedikit)
100 gm kacang tanah ~ digoreng & ditumbuk kasar (jika suka)
1 sudu besar bijan ~ disangai tanpa minyak (jika suka)
Garam & gula secukup rasa
Cara Penyediaan :
1. Satukan nenas dan timun di dalam mangkuk besar.
2. Masukkan lobak merah, cili padi dan cili hijau.
3. Tambahkan cuka masakan secukupnya.
4. Gaulkan kesemua bahan sehingga rata.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6. Hidangkan di dalam pinggan hidangan.
7. Taburkan kacang tanah dan bijan sebagai hiasan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment