Wednesday, October 31, 2018
AYAM GORENG MADU MANIS...
AYAM GORENG MADU MANIS
sumber : Majalah RASA November 2018
Bahan-Bahan :
6 ketul kepak ayam ~ dipotong dua (saya guna 2 keping dada ayam dipotong kiub)
1 biji telur
Tepung goreng ayam serbaguna secukupnya
4 sudu makan tepung jagung
Air secukupnya
Sedikit bijan disangai tanpa minyak
Sedikit daun bawang ~ hiris
Minyak masak untuk menggoreng
Bahan Sos :
5 ulas bawang putih ~ hiris halus
4 sudu makan kicap lemak manis
2 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos makanan laut (boleh ganti dengan sos tiram)
Sedikit air
1 sudu makan cuka epal
Sedikit madu
1 sudu makan gula perang
2 sudu makan cili giling
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan kicap, sos cili dan sos makanan laut. Gaul rata.
3. Tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih.
4. Masukkan cuka epal, madu, gula perang dan cili giling. Jika suka manis, boleh lebihkan madu.
5. Kacau semua bahan dan masak sehingga pekat. Padamkan api dan sejukkan sos.
6. Bagi menyediakan ayam : cuci, tos airnya dan satukan bersama telur, tepung goreng serbaguna, tepung jagung dan sedikit air. Gaul rata sehingga sebati dan bersalut.
7. Panaskan minyak dan goreng ayam menggunakan teknik double fried (2 kali gorengan). Ia bertujuan untuk mendapatkan tekstur ayam yang rangup.
8. Masukkan ayam ke dalam kuali berisi sos yang telah disejukkan tadi. Gaul sehingga rata.
9. Hias dengan taburan bijan dan hirisan daun bawang sebelum dinikmati...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment