RESIPI KARI TELUR
sumber : maorisaid.blogspot.com
Bahan-Bahan :
6 biji telur ~ direbus & kupas kulitnya
4 biji bawang merah ~ dihiris
4 biji bawang putih ~ dihiris
1/2 inci halia ~ dihiris
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar serbuk rempah kari ayam/daging ~ bancuh dengan sedikit air jadikan pes
2 biji ubi kentang ~ dipotong 4
1 biji tomato ~ dipotong 4
Air asam jawa secukupnya
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak :
Tumiskan bahan-bahan yang dihiris. Masukkan bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
Bila sudah naik wangi harum, masukkan pes rempah kari tadi dengan cili kering kisar.
Masak sehingga terbit minyak. Masukkan sedikit air asam jawa. Masukkan 2 cawan air.
Masukkan ubi kentang dan masak sehingga ubi kentang empuk.
Kalau kuah semakin kering/susut, masukkan air sedikit demi sedikit.
Akhir sekali masukkan telur dan tomato bila ubi kentang sudah empuk.
Biarkan tomato sedikit layu. Masukkan garam dan gula secukup rasa, tutup api.
Sedia dihidangkan...
NOTA : Tidak menggunakan santan di dalam masakan ini, lebihkan sedikit rempah kari supaya pekat. Tetapi kalau nak rasa lemak, boleh masukkan santan, ikut selera...
RESIPI KOBIS GORENG ALA MAMAK
sumber : iresipi.com
jumlah hidangan : 4 orang
Bahan-Bahan :
1/2 biji sayur kobis ~ hiris kasar
1/2 batang lobak merah ~ potong halus memanjang
1 sudu kecil biji sawi
2-3 tangkai daun kari
2 tangkai cili kering ~ cuci bersih, toskan & gunting kecil
1 tangkai cili hidup merah ~ hiris serong
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Bahan Parut Halus (jadikan pes) :
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
** (saya cincang lumat saja)
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak masak dan tumiskan bahan-bahan parut halus bersama biji sawi.
2. Apabila bahan tumis sudah kekuningan dan biji sawi sudah mula meletup kecil, masukkan daun kari, cili kering dan cili hidup kemudian kacau sehingga naik bau.
3. Masukkan pula kobis, lobak merah dan serbuk kunyit. Masak kobis dan lobak merah sampai layu, lembut dan perasakan dengan garam serta gula secukup rasa. Tuangkan sedikit air supaya kesemua bahan bergaul sebati.
TIPS : Sayur ini sedap jika kobis dan lobak merah dimasak sehingga lembut dan layu.
Cara membuat & menggoreng ayam ikut arahan pada kotak Perencah Ayam Goreng.
Baru pertama kali mencuba & ianya sangat sedap pada selera kami sekeluarga...
RESIPI NASI MINYAK GANU
sumber : coretandaridapur.blogspot.com
Bahan-Bahan :
3 cawan beras basmathi ~ rendam selama 20-30 minit & toskan
4 1/2 cawan air ~ jika menggunakan beras lembut kurangkan air ATAU mengikut kesesuaian beras (saya tambah 1 cawan lagi)
1/2 cawan susu cair
1 sudu kecil garam
Pewarna kuning
2 helai daun pandan ~ cuci bersih & disimpul
Bahan Tumis :
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar marjerin
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 inci halia ~ dimayang
3 ulas bawang merah ~ dimayang
1 ulas bawang putih ~ dimayang
Cara Memasak :
Beras dicuci, rendam selama 20-30 minit kemudian ditoskan airnya.
Panaskan minyak sapi dan marjerin di dalam periuk letrik.
Masukkan bahan tumis. Tumiskan sehingga naik bau atau warna kekuningan.
Masukkan beras dan daun pandan. Kacau-kacau sekata untuk seketika.
Masukkan air dan susu cair. Kemudian alihkan periuk ke perik elektrik.
Tanak sehingga nasi kering. Kemudian titiskan pewarna kuning secara tompok-tompok, biarkan seketika. Kemudian barulah digemburkan nasi menggunakan garfu/chopstick.
Siap untuk dihidangkan bersama lauk-pauk kegemaran...
No comments:
Post a Comment