KEK PISANG

Tuesday, October 30, 2018

MINI CHEESE CAKE...








RESEPI MINI CHEESE CAKE
sumber :    sharmine205omarshahab.blogspot.com




Bahan Untuk Base :

1  cawan  biskut crackers/marie yang dikisar
2  sudu besar  butter  ~  dicairkan
2-3  sudu besar  gula aising


***   Campurkan dan gaul rata kesemua bahan untuk base.  Ketepikan.


Bahan Untuk Cheese Cake :

250  gm  cream cheese,  suhu bilik  (saya guna Tatura)
50  gm  gula kastor  (boleh tambah)
3  biji  telur gred C,  kalau gred A guna 2 biji sahaja
1  sudu teh  esen vanilla
1  sudu besar  tepung jagung
150  ml  whipping cream  (saya guna Non-Dairy Whipping Cream)


Bahan Topping :

Strawberry filling@ apa-apa filling yang disukai dan buah-buahan untuk hiasan, jika suka


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 180'C.
2.  Susun papercup dalam muffin tray@ acuan tart pun boleh guna juga.
3.  Sudukan bahan base ke dalam setiap papercup dan tekankan sedikit.
4.  Simpan di dalam peti sejuk sementara kita buat adunan cream cheesenya pula.
5.  Untuk adunan cream cheese :   putar cream cheese dengan gula kastor sehingga sebati.
6.  Masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti dengan esen vanilla.  Putar sebati.
7.  Masukkan tepung jagung, putar lagi.
8.  Akhir sekali campurkan whipping cream dan putar lagi sehingga adunan gebu.
9.  Tuangkan adunan cream cheese ke dalam papercup yang berisi biskut tadi.
10.  Bakar selama 20 minit.  Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk selama beberapa jam.
11.  Hidangkan bersama fruit filling kesukaan anda dan hiaskan dengan buah-buahan pilihan jika suka...






No comments:

Post a Comment