RESEPI ROTI PISANG
sumber : tiffinbiru@CMG...
Bahan-Bahan :
3 biji pisang montel@pisang cavendish
1 1/2 cawan tepung gandum *
1 sudu teh rata baking powder *
1 sudu teh rata soda bikarbonat * ( * disatukan & diayak )
1/3 cawan mentega yang telah dicairkan & disejukkan (anggaran 80 gm)
1/2 cawan gula kastor
1 biji telur gred A ~ dikocok rata
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 170'C, lenser tin berukuran 8 inci x 4 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi dan ketepikan. Pisang dilecek sehingga halus dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Tambahkan garam dan telur, gaul rata.
2. Masukkan gula kastor dan kacau sehingga gula larut. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul dengan spatula sehingga sebati, jangan terlebih gaul. Tuangkan mentega cair dan kacau dengan kaedah kaupbalik sehingga rata.
3. Tuangkan ke dalam tin yang telah disediakan tadi. Ratakan dan bakar selama 45-50 minit atau sehingga masak (bergantung pada oven)...
No comments:
Post a Comment