Monday, October 1, 2018
TERUNG BERLADA...
RESIPI TERUNG BERLADA
sumber : FB@Resipi Orang Kita@Resipi Lauk Kampung...
Bahan-Bahan :
2 biji terung panjang ungu, saiz besar (3 biji jika saiz sederhana)
2 mangkuk minyak masak
Bahan Kisar Kasar :
8-10 biji cili merah segar
7-8 biji cili melaka yang berwarna merah ATAU boleh campur yang hijau (saya guna cili padi jer)
1/2 mangkuk kecil ikan bilis
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Air asam jawa secukupnya
Garam & gula secukupnya
Cara Memasak :
Belah dua terung kemudian potong menyerong selebar 2 cm. Gaulkan terung dengan sedikit garam.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terung sehingga lembut. Angkat terung dan ketepikan.
Buangkan sedikit minyak gorengan terung tadi, dan tumiskan bahan kisar kasar sehingga pecah minyak dan naik bau.
Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. (Sedap jika dilebihkan gula dalam sambal ini).
Tuangkan sambal di atas terung yang digoreng tadi.
Sedia untuk dihidangkan...!!!!
TIPS : Semasa menggoreng terung, jangan masukkan terlalu banyak terung ke dalam minyak kerana nanti terung akan masak tidak sekata dan tidak cantik warna kulitnya. Terung harus digoreng di dalam minyak yang banyak...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment