Sunday, October 7, 2018
IKAN TENGGIRI MASAK CUKA...
RESIPI IKAN TENGGIRI MASAK CUKA
sumber : tiffinbiru@CMG...
Bahan-Bahan :
2 ekor ikan tenggiri saiz kecil, kerat 3 setiap seekor, dicuci bersih & toskan *
1 sudu kecil serbuk kunyit *
1/2 sudu kecil garam * ( * digaul rata dan perap sekejap )
1 biji timun saiz kecil ~ kerat 3, buang empulur & hiris seperti anak mancis
1 biji cili merah & cili hijau ~ kerat 3, buang biji & hiris seperti anak mancis
7 biji bawang merah kecil ~ belah 2 setiap satu
5 ulas bawang putih ~ belah 2 setiap satu
1/2 inci halia ~ hiris halus
3 sudu besar cuka makan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/3 cawan air
Garam & gula secukupnya
Minyak masak
Bahan Tumis :
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
3/4 sudu kecil biji sawi
Cara Memasak :
1. Ikan digoreng sehingga masak, tidak perlu sampai garing sangat, nanti keras. Angkat dan toskan.
2. Panaskan kuali, masukkan 3 sudu besar minyak masak. Masukkan biji sawi dan masak sekejap, kemudian masukkan kesemua bahan-bahan tumis, bawang putih, bawang merah dan halia. Masak sehingga bawang layu.
3. Masukkan serbuk kunyit, kacau rata. Tuangkan cuka, kacau dan masukkan air. Biarkan mendidih. Tambahkan timun dan masak sehingga timun sedikit lembut. Masukkan cili merah, cili hijau dan ikan goreng, kacau rata.
4. Tambahkan garam secukup rasa dan gula dalam 1 sudu besar penuh atau secukup rasa. Masak sehingga pekat dan sesuaikan rasa dan tutup api. Hidangkan bersama nasi panas ataupun nasi berperisa seperti Nasi Tomato atau Nasi Minyak...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment