RESIPI PENGAT UBI KAYU
sumber : sajionline.com@Noni Wahab...
Bahan-Bahan :
500 gm ubi kayu ~ buang kulit & rebus sehingga empuk
500 ml santan
1 ketul gula kabung@Melaka
2 helai daun pandan ~ cuci & simpul
2 sudu besar biji sagu
Sedikit gula pasir atau secukup rasa
Garam
Cara-Cara :
1. Masukkan santan dan gula kabung ke dalam periuk.
2. Masukkan daun pandan dan masak menggunakan api sederhana.
3. Bubuh sedikit garam dan gula sekiranya suka lebih manis. Masukkan ubi kayu yang telah direbus tadi.
4. Setelah mendidih, masukkan biji sagu. Biarkan seketika sehingga mendidih sepenuhnya sekali lagi.
5. Padamkan api dan bolehlah dihidangkan...
No comments:
Post a Comment