KEK PISANG

Wednesday, October 24, 2018

PUDING SAGU TELANG GULA MELAKA...








PUDING SAGU TELANG GULA MELAKA
sumber :   zaralovebaking & Majalah RASA Julai 2018...




Bahan Sagu :

2  cawan  sagu mata ikan  (tidak perlu dicuci atau rendam)
25-30  kuntum  bunga Telang
5  cawan  air


Cara-Cara :

1.  Didihkan air bersama bunga Telang dan tapis.

2.  Kemudian didihkan kembali air bunga Telang, masukkan sagu.  Kacau sehingga sagu masak dan jernih.

3.  Masukkan sagu ke dalam acuan kecil.  Kemudian kukus selama 10-15 minit dan sejukkan.  (saya kukus seketika agar puding lebih menarik, tidak perlu kukus pun boleh).

4.  Untuk menghidang :   Keluarkan sagu dari acuan dan masukkan ke dalam mangkuk kecil.

5.  Tuangkan susu cair atau santan.

6.  Hiaskan dengan buah-buahan koktel.  Sejukkan di dalam peti sejuk.

7.  Tuangkan air gula merah dan hidangkan...


Bahan Air Gula :

1  cawan  gula merah
1/2  cawan  gula pasir
1  cawan  air
1  helai  daun pandan  ~  disimpul


Cara-Cara :

Masakkan semua bahan air gula sehingga mendidih dan sedikit pekat.  Tapis jika perlu.


Bahan Santan :  (kacau sebati)

300  ml  santan pekat 
Secubit garam 






No comments:

Post a Comment