KEK PISANG

Saturday, October 20, 2018

SAMBAL KERING...








RESEPI SAMBAL KERING KENTANG,
KACANG TANAH & IKAN BILIS RANGUP




Bahan-Bahan :

2-3  biji  kentang
1  cawan  ikan bilis
Segenggam kacang tanah
Gula secukup rasa
Sedikit garam atau secukup rasa
Sedikit air limau kasturi
Minyak masak


Bahan Kisar :

1  labu  bawang besar
2  ulas  bawang putih
8-10  tangkai  cili kering  ~  rebus dulu sehingga lembut & toskan


Cara Memasak :

1.  Kupas kulit kentang dan hiris nipis.  Goreng kentang di dalam minyak panas sehingga garing, angkat dan toskan.  (Masukkan sedikit garam ke dalam minyak supaya kentang tidak melekat).

2.  Dalam minyak yang sama, goreng pula kacang tanah sehingga garing begitu juga dengan ikan bilis.  Angkat dan toskan.  Ketepikan kesemua bahan yang telah digoreng tadi.

3.  Untuk membuat sambal :   buangkan sedikit minyak lebihan goreng tadi.  Tumiskan bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak.  Masukkan garam, gula dan air limau kasturi.  Seimbangkan rasanya.

4.  Kacau sehingga sambal sedikit garing.  Tutup api dan biarkan sambal betul-betul sejuk.  Apabila sambal sudah sejuk, masukkan kesemua bahan-bahan yang telah digoreng tadi.


NOTA :    Pastikan sambal betul-betul sejuk sebelum memasukkan bahan-bahan goreng supaya bahan-bahan goreng menjadi rangup dan tidak lembik/lemau bila terkena panas sambal tadi...




No comments:

Post a Comment