KEK PISANG

Wednesday, October 3, 2018

RESEPI NASI AYAM SEDAP...










RESEPI NASI AYAM SEDAP
sumber :    iresepi.com@Che Nom)
jumlah hidangan :   4 orang




Bahan Untuk Ayam (Direbus) :

1  ekor  ayam  ~  dipotong 8
2  ulas  bawang putih  ~  ditumbuk halus
2  cm  halia  ~  ditumbuk halus
1  kiub  pati ayam


 Bahan Untuk Ayam (Diperap) :

1  sudu besar  kicap pekat
1  sudu besar  sos tiram
1  cm  halia  ~  ditumbuk halus
2  ulas  bawang putih  ~  ditumbuk halus
1  sudu besar  kicap cair
Sedikit madu untuk sapuan


Bahan Untuk Nasi :

3  cawan  beras
4  cawan  air rebusan ayam  (saya guna 5 cawan, bergantung pada beras yang diguna)
2  sudu besar  butter
1  cm  halia  ~  ditumbuk halus
3  ulas  bawang putih  ~  ditumbuk halus
Sedikit garam
2  kuntum  bunga lawang *
4  biji  buah pelaga *
1  batang  kulit kayu manis *
1  batang  serai  ~  ketuk
2  helai  daun pandan  ~  disimpul
Sedikit serbuk kunyit untuk warna & aroma


Bahan Untuk Sos :

5  biji  cili merah
3  ulas  bawang putih
2  cm  halia
1  sudu besar  cuka masakan
1  sudu kecil  garam
1  sudu kecil  gula
1/2  cawan  air rebusan ayam


Bahan Untuk Sup :

Air rebusan ayam
1  biji  bawang besar  ~  dikisar
Rempah sup bunjut
Garam
Daun sup & daun bawang  ~  dihiris
Bawang goreng secukupnya


Bahan Untuk Kuah Kicap :

Kuah kicap perapan ayam di atas
Kicap manis Cap Kipas Udang
Sedikit garam
Air rebusan ayam


A.  Cara-Cara Untuk Ayam :

1.  Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dengan 2 ulas bawang putih dan halia yang ditumbuk.

2.  Rebus ayam bersama 1 kiub pati ayam sehingga empuk.

TIPS :   Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila direbus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

3.  Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam).

4.  Kemudian goreng dalam minyak dengan kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu...


2.  Cara Untuk Memasak Nasi :

1.  Basuh beras dan toskan airnya.

2.  Di dalam periuk, panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis (*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih sehingga garing.  Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau.  Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya.  Tutup api dan alihkan ke dalam periuk nasi elektrik dan masak nasi seperti biasa...


3.  Cara Untuk Memasak Sup :

1.  Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar kisar dan masukkan garam secukup rasa.  Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup/daun bawang...

4.  Cara Untuk Memasak Sos :

1.  Kisarkan semua bahan di atas.
2.  Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma...

5.  Cara Untuk Memasak Kuah Kicap :

1.  Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika.  Sejukkan sebelum dihidangkan.
SIAP !!!!




No comments:

Post a Comment