DADIH SEDAP COFFEEMATE
sumber : yatiememories...
Bahan-Bahan :
10 gm serbuk agar-agar
1 1/2 cawan gula pasir
3 liter air (dalam 12 cawan)
200 gm coffeemate creamer
1 tin susu sejat@susu cair
Perisa pisang, strawberry emulco, perisa pandan, perisa oren & mocha emulco
Cara-Cara :
1. Di dalam periuk yang bersih dan besar sedikit, masak air, serbuk agar-agar dan gula pasir sampai mendidih. Kacau rata.
2. Perlahankan api dan masukkan coffeemate creamer dan kacau sampai creamer larut.
3. Tuangkan susu cair dan kacau sebati. Kacau sehingga hampir mendidih dan tutup api. (Jangan sampai mendidih nanti ia membuak keluar dari periuk).
4. Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa yang dikehendaki.
5. Saya bahagikan kepada 5 bahagian dan tiap-tiap satu bahagian letakkan 1 perisa pisang, 1 perisa pandan, 1 perisa strawberry emulco, 1 perisa oren dan 1 lagi perisa mocha emulco.
6. Kacau cepat-cepat setiap perisa dan tuangkan ke dalam bekas-bekas/cup kecil. Biarkan sejuk dan bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais...
No comments:
Post a Comment