KEK PISANG

Thursday, October 25, 2018

IKAN BAWAL MASAK KUAH PECAK...










IKAN BAWAL MASAK KUAH PECAK
sumber :    Majalah RASA Julai 2018...




Bahan-Bahan :

1  ekor  ikan bawal  ~  bersihkan
4  helai  daun limau purut  ~  hiris
4  helai  daun salam  ~  hiris
1  biji  buah tomato  ~  belah 6
Minyak untuk menggoreng
1  sudu teh  serbuk kunyit
1/2  sudu besar  air asam jawa
Garam & gula secukup rasa


Bahan Kisar :

5  tangkai  cili kering  ~  rendam seketika dalam air panas hingga lembut
3  biji  cili merah
2  biji  bawang besar
2  batang  serai
2  cm  lengkuas


Cara Memasak :

1.  Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
2.  Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.  Ketepikan.
3.  Tinggalkan dalam 3 sudu makan minyak dari minyak gorengan ikan tadi.
4.  Tumiskan bahan-bahan kisar bersama daun limau purut dan daun salam sehingga berbau wangi.
5.  Masak sehingga garing dan pecah minyak kemudian masukkan air asam jawa, gula dan garam.
6.  Kacau seketika dan masukkan buah tomato.
7.  Tambahkan sedikit air jika hendakkan kuah pecak yang berkuah.
8.  Tuangkan kuah pecak ke atas ikan tadi.  Sesuaikan rasanya terlebih dahulu.
9.  Ikan sedia dihidangkan...




No comments:

Post a Comment