KEK PISANG

Friday, November 25, 2016

22/11/2016 (Selasa) - 24/11/2016 (Khamis)...


22/11/2016 (Selasa) Saya dan suami dalam perjalanan ke Kulai, Kota Tinggi, Johor
untuk melawat anak perempuan sulungku (Nur Ruzanna) yang telah selamat melahirkan cucu ke 4 kami yang juga lelaki. Jadi ketiga-tiga anaknya semua lelaki.  Ini menjadikan kesemua cucu kami (4 orang) lelaki.  Walaupun tiada cucu perempuan lagi tapi kami tetapi bersyukur yang kesemuanya sihat-sihat, keletah dan manja dengan kami, syukur kepada Allah swt di atas kurniaannya, Aminn.. 



 Cucu ke 4 - ARYAN NURHAN -
lahir 9/11/2016 (Rabu)...





24/11/2016 (Khamis) - Bersiap-siap untuk balik ke KL.  Kasihan pula tengok cucu sulung ku menangis kerana nak ikut kami balik. Rasa tak sampai hati nak tinggalkan mereka apalagi ibu mereka (anakku) masih dalam pantang tapi apakan daya kami terpaksa balik atas pelbagai urusan yang tidak dapat dielakkan..moga tabah anak ku semasa di dalam pantang dan jaga kesihatan diri baik-baik. Ibu doakan yang terbaik buatmu anak ku (Nur Ruzanna)...
Ada rezeki kami akan ke sana lagi jumpa kalian, bye...


No comments:

Post a Comment