Monday, November 21, 2016
SAMBAL TEMPE...
SAMBAL TEMPE
Oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
2 paket tempe - dipotong kiub
1 biji bawang besar holland - dimayang bulat
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu besar gula
3 ulas bawang putih - hiris
3 ulas bawang merah - hiris
1 sudu besar cili kisar - boleh tambah lagi jika suka pedas
5 sudu besar minyak masak
sedikit serbuk kunyit
Cara Memasak :
1. Tempe dipotong kiub, gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan goreng hingga kuning keemasan.
2. Panaskan sedikit minyak masak, tumiskan bawang merah, bawang putih hingga layu dan berbau harum.
3. Masukkan cili kisar, garam, gula dan serbuk pati ayam, kacau rata.
4. Biarkan cili sedikit garing dan keluar minyak. Masukkan bawang besar, kacau.
5. Apabila bawang besar sedikit layu, masukkan tempe dan gaul rata.
6. Sesuaikan rasanya dan sedia dihidangkan...
Labels:
Sambal & Sos
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
alahaii sodapnyaa..
ReplyDeleteTerima kasih adda syuhada...
ReplyDelete