KEK PISANG

Sunday, November 13, 2016

NASI LEMAK HALBA yang serba kurang...












NASI LEMAK HALBA
sumber  :     Dapur Tanpa Sempadan...





Bahan-Bahan :

   2  cawan  beras basmathi  -  cuci, rendam selama 25 minit & toskan
   3  cawan  santan segar
   1  batang  serai  -  di titik
   1  biji  bawang besar saiz kecil  -  dibelah 4
   3  ulas  bawang putih  -  di titik
1/2  inci  halia  -  hiris nipis
   1  helai  daun pandan  -  disimpul
3/4  sudu teh  garam
1/4  sudu teh  biji halba


Bahan Sampingan :

Sambal tumis
Hirisan timun
Ikan bilis goreng
Kacang tanah goreng
Telur rebus


Cara Memasak :

1.  Cuci beras basmathi dan rendam selama 25 minit, toskan dan masukkan ke dalam periuk nasi elektrik.  Masukkan serai, bawang besar, bawang putih, daun pandan, halia dan biji halba.  Gaul rata.  Masukkan garam di dalam santan, kacau hingga rata dan tuangkan santan tadi ke dalam periuk berisi beras basmathi tadi.  Kacau rata dan masak seperti biasa.

2.  Bila lampu pada periuk nasi elektrik bertukar dari "cook" ke "warm" ; biarkan sekejap dalam 10 minit.  Kemudian matikan suis periuk nasi elektrik dan gemburkan nasi lemak dengan chopstick.  (Jangan gembur banyak kali nanti nasi akan patah-patah, tidak cantik).  Hidangkan nasi lemak halba bersama sambal tumis dan bahan-bahan sampingan lain.  (tujuan suis periuk elektrik dimatikan ialah untuk mengelakkan nasi lemak menjadi berkerak)...

No comments:

Post a Comment