KEK PISANG

Saturday, November 26, 2016

ROTI JALA & SOS KASTAD PANDAN ...














ROTI JALA & SOS KASTAD PANDAN
sumber  :    Azlita Masam Manis & Surianti Ramli...
dicuba  :   zaralovebaking...




Bahan-Bahan :

3  cawan  tepung gandum
3 1/2  cawan  air/santan/susu segar (atau  air dicampur sedikit santan)
2  biji  telur gred A
1/2  cawan  minyak masak
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning


Cara-Cara :

     Blend/kisar kesemua bahan di atas hingga sebati.  Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuma masukkan sesenduk ke dalam acuan roti jala.  Kalau keluarnya tidak putus-putus maknanya dah boleh dijala menggunakan kuali non-stick.  Kalau pekat tambahkan air lagi hingga boleh dijala.
     Selepas jala di atas kuali biarkan dalam beberapa saat.  Kalau dah masak tidak perlu diterbalikkan terus saja diangkat dan digulung atau dilipat tiga segi (ikut pilihan).  Setelah siap bolehlah dihidang dengan kuah kari ayam atau dengan Sos Kastad Pandan (jika suka yang manis)...


SOS KASTAD PANDAN
sumber  :   Fiza's Cooking...
dicuba  :    zaralovebaking...



Bahan-Bahan :

1 1/2  sudu besar  tepung kastad
1 1/2  cawan  santan atau susu cair
1/2  cawan  air masak
5  sudu besar  gula pasir
2  helai  daun pandan  -  disimpul
Sedikit pewarna hijau
Secubit garam


Cara-Cara :

Satukan kesemua bahan sos kastad ke dalam periuk, kacau atas api perlahan sampai likat.  Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan bersama Roti Jala...

No comments:

Post a Comment