KEK PISANG

Thursday, November 17, 2016

PUDING SAGU GULA MELAKA...











PUDING SAGU GULA MELAKA
Oleh  :    zaralovebaking...





Bahan Puding :

1  cawan  biji sagu
3  cawan  air
1  helai  daun pandan  -  disimpul
Susu cair secukupnya
Pewarna merah


Bahan Air Gula :

   1  cawan  gula merah atau gula melaka
1/2  cawan  gula pasir
   1  cawan  air


Cara-Cara :

1.  Didihkan air bersama daun pandan dan pewarna merah, masukkan biji sagu (tunggu air mendidih dahulu baru di bilas biji sagu dengan air dan terus masukkan ke dalam periuk berisi air mendidih tadi) dan masak sambil dikacau sekali sekala sehingga biji sagu bertukar cerah/jernih kemudian tuangkan ke dalam bekas atau loyang dan biarkan sejuk sepenuhnya.

2.  Untuk Air Gula :  masukkan kesemua bahan air gula ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.

3.  Bila hendak menghidang :   ambil sagu dengan sudu, masukkan ke dalam mangkuk atau bekas yang sesuai/pilihan dan tuangkan susu cair kemudian tuangkan air gula merah dan hidangkan...

No comments:

Post a Comment