Monday, November 7, 2016
BLUEBERRY JAM MUFFIN...
BLUEBERRY JAM MUFFIN
sumber : iresipi.com
Bahan-Bahan : (14 pcs)
2 cawan tepung plain atau all-purpose
3/4 cawan gula kastor
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 cawan susu full cream Dutch Lady atau jenama pilihan
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur - saiz besar
1/2 cawan minyak sayur
Jem blueberry secukupnya
Gula perang secukupnya - untuk ditabur atas muffin
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 180'C.
2. Dalam mangkuk/bekas, ayak tepung, baking powder dan garam.
3. Dalam bekas lain, satukan susu segar, telur, gula kastor, esen vanilla dan kemudian masukkan minyak sayur. Kacau sebati dan tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam bahan kering dan kacau sebati.
4. Menggunakan kaedah selang-seli, sudukan adunan ke dalam acuan muffin yang dilapisi dengan cawan kertas 1/2 penuh kemudian masukkan 1 sudu teh jem blueberry di atas adunan dan tuangkan lagi adunan supaya menjadi 3/4 penuh. Hiaskan dengan taburan gula perang dan bakar di dalam oven selama 20 minit atau sehingga masak sepenuhnya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment