Wednesday, November 16, 2016
KUIH LOMPANG...
KUIH LOMPANG
sumber : FB : Resipi Sheila Rusly
dicuba : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
1 1/2 cawan tepung beras (Cap Gajah 3 Kepala)
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
3/4 cawan gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan - disimpul
Pewarna pilihan
Kelapa parut putih + secubit garam + 1 helai daun pandan disimpul = gaul sebati & di kukus sekejap
Cara-Cara :
1. Masukkan gula pasir ke dalam periuk kecil kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan, masak di atas api kecil hingga gula larut. Sejukkan sebentar.
2. Satukan tepung beras dan tepung ubi dan tuangkan baki 1 cawan air dan air kapur, gaul rata dan sebatikan.
3. Kemudian tuangkan air gula yang telah sejuk tadi, gaul hingga sebati.
4. Tapiskan adunan jika ianya bergentel. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna. Tuangkan adunan ke dalam acuan lompang yang telah disapu dengan sedikit minyak. (Setiap kali tuang adunan ke dalam acuan pastikan adunan dikacau agar adunan tidak mendap/berat).
5. Kukus selama 10-15 minit atau hingga masak. Bila dah masak kuih akan menjadi berlubang di tengahnya. (Tutup pengukus hendaklah dibalut dengan tuala bersih untuk mengelakkan air menitis di atas kuih).
6. Hidangkan bersama kelapa parut yang dikukus tadi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment