TUMIS SUHUN & FUCUK PETOLA
sumber : RASA Mei 2016...
Bahan-Bahan :
250 gm petola - buang kulit ari & hiris bulat (saya guna 1 batang saiz sederhana)
100 gm suhun - direndam (saya guna 1 paket kecil)
1 keping fucuk - dipotong & direndam (saya tambah)
1 sudu teh udang kering
3 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 cm halia muda - dihiris
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam secukupnya
Air secukupnya
Sedikit minyak masak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering hingga berbau wangi.
2. Masukkan air dan biarkan mereneh/mendidih.
3. Masukkan serbuk pati ayam dan garam secukupnya.
4. Kemudian masukkan pula petola, suhun dan fucuk.
5. Selepas dua atau tiga minit, angkat dan hidangkan panas-panas. Jika suka taburkan sedikit bawang goreng..
No comments:
Post a Comment