KEK PISANG

Friday, November 4, 2016

SPAGHETTI GORENG...










SPAGHETTI GORENG
oleh   :    zaralovebaking...




Bahan-Bahan :

1/2  paket  spaghetti  (saya guna Angel Hair)  -  direbus hingga lembut & toskan
   1  keping  dada ayam  -  hiris nipis
   3  ekor  sotong  -  dihiris
   3  batang  sosej  -  dihiris
   2  pelepah  sawi  -  dipotong pendek
 Segenggam tauge
   3  sudu besar  minyak masak
1/4  cawan  air
   2  biji  telur rebus  -  belah 4/6 untuk hiasan
Sedikit sos tiram & tomato sos atau secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan
Garam secukup rasa


Bahan Kisar :

10  tangkai  cili kering  -  direndam seketika & toskan
  3  ulas  bawang merah
  2  ulas  bawang putih


Cara Penyediaan :

1.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar hingga wangi.  Masukkan sedikit sos tiram dan sos tomato, kacau rata.
2.  Masukkan isi ayam, sotong dan sosej.  Kemudian kacau rata.
3.  Apabila sudah masak, masukkan garam dan air.  Biarkan mendidih seketika.
4.  Masukkan sawi, kacau rata hingga sebati dan sayur sedikit layu.
5.  Apabila sawi sudah lembut, masukkan spaghetti dan tauge.
6.  Gaul rata dan sesuaikan rasanya
7.  Semasa menghidang, taburkan hirisan daun bawang serta hiaskan dengan telur rebus...

No comments:

Post a Comment