Wednesday, November 16, 2016
IKAN GORENG TOM YAM...
IKAN GORENG TOM YAM
sumber : buku Ruzita's Kitchen...
dicuba : zaralovebaking ; (sedap)...
Bahan-Bahan :
1 ekor ikan bawal hitam (saya guna 2 keping ikan tenggiri dikerat 2 setiap satu keping)
1 sudu kecil garam
2 helai daun limau purut
1 batang serai - di titik
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 sudu besar pes tom yam
1 sudu besar gula
2 sudu besar air
Sedikit capsicum hijau - hiris memanjang
Minyak untuk menggoreng
Cara Memasak :
1. Sapu/lumur sedikit garam dan serbuk kunyit pada ikan.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga masak. Angkat dan letakkan di dalam pinggan hidangan.
3. Buangkan minyak dan tinggalkan 2 sudu besar lebihan minyak goreng ikan tadi.
4. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu.
5. Masukkan pes tom yam, gula dan air.
6. Masukkan serai, capsicum hijau (jika guna) dan daun limau purut.
7. Kacau rata. Sesuaikan rasanya.
8. Curahkan ke atas ikan goreng tadi.
9. Sedia dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment