Sunday, November 27, 2016
WAFFLES...
WAFFLES
sumber : Ilham Dapur...
dicuba : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung serbaguna
4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
1 1/2 cawan susu segar
6 sudu besar minyak masak
2 biji telur - asingkan putih & kuning
3 sudu besar gula halus/gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla
Cara-Cara :
1. Panaskan waffle maker. Di dalam mangkuk, ayak tepung, baking powder dan garam. Kemudian masukkan susu segar, minyak, gula halus, esen vanilla dan kuning telur. Kacau sebati.
2. Di dalam bekas lain yang bersih, pukul putih telur sehingga bertanduk (kembang). Dengan menggunakan spatula, masukkan putih telur ke dalam adunan nombor 1. Kaup balik perlahan-lahan.
3. Sapu sedikit mentega/minyak pada waffle maker (jika perlu) dan tuangkan 1 senduk adunan dan ratakan sekelilingnya. Biarkan masak sehingga berwarna keperangan.
4. Sedia untuk dinikmati dengan jem, madu, maple syrup atau sos pilihan...
TIPS : Untuk corak marble - asingkan sedikit adunan dan letak pewarna pilihan. Masukkan ke dalam boto sos atau piping bag. Tuang adunan warna diikuti dengan plain secara selang-seli, tutup waffle maker dan biarkan masak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment