Tuesday, November 15, 2016
APAM KENTANG...
APAM KENTANG
sumber : FB : Mas Cotek...
dicuba : zaralovebaking ; (lembut, gebuss & sedap)...
Bahan A :
1 cawan gula pasir *
1 cawan air *
2 helai daun pandan - disimpul * ( * didihkan hingga gula larut & sejukkan )
Bahan B :
1 cawan kentang (dari 3 biji kentang saiz sederhana - rebus & lenyek) *
1 cawan santan pekat * ( * dikisar hingga halus )
Bahan C : (disatukan)
2 cawan tepung beras
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh yis Mauripan
secubit garam
Cara-Cara :
1. Satukan bahan-bahan A, B dan C. Sebatikan. Perapkan selama 1 jam atau hingga adunan naik berganda 'ber awan'.
2. Tuangkan adunan ke dalam acuan kecil pilihan dengan sedikit minyak dan kukus selama 15 minit menggunakan api sederhana. Tudung pengukus hendaklah dibalut dengan tuala atau kain bersih agar air tidak menitis di atas permukaan kuih. Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan bersama kelapa parut putih yang dicampurkan dengan sedikit garam. (Jika menggunakan loyang besar pilihan, masa mengukus selama 45 minit sehingga masak). Masukkan sedikit pewarna hijau (jika suka)...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment